- shafika9
Zoo Negara Dibuka Semula Mulai Hari Ini!
Updated: Sep 24, 2021
Zoo Negara Malaysia dibuka semula untuk pengunjung mulai hari ini, ia mengakhiri penutupan yang selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di Lembah Klang
Walau bagaimanapun, pihak Zoo Negara mengatakan mereka akan menghadkan jumlah pengunjung dalam satu masa untuk memastikan penjarakan sosial.
“Kami sangat gembira untuk mengumumkan secara rasmi bahawa Zoo Negara dibuka semula untuk semua pengunjung bermula 18 Disember.”
Menurut mereka lagi, mereka akan sentiasa memantau perkembangan terkini mengenai status penularan Covid-19 di Malaysia. Selain itu, mereka juga mengalu-alukan kedatangan pengunjung tetapi menetapkan 1,250 pengunjung dalam satu masa.
Sumber: Malay Mail