• Syaziyah Md Sharif

Zoo 'Hibrid' Pertama Kini Dibuka Di Kuantan

Ada dinosaur dan rumah Hoobit juga, bestnya!

Kredit Foto: Cham Ais Facebook

Bulan Disember merupakan antara bulan yang ditungg-tunggu kerana ia menandakan cuti sekolah serta cuti panjang kan?


Terdapat tarikan terbaru di Kuantan, Pahang iaitu Zoo Mini Taman Teruntum yang pasti akan memberikan anda pengalaman yang berbeza!


Apa yang uniknya zoo mini ini adalah ia tidak hanya mempamerkan anda haiwan biasa yang sering anda lihat di zoo, tetapi anda juga akan mendapat peluang untuk melihat haiwan pra-sejarah yang telah pupus seperti dinosaur dan cicak gergasi!

Ia merupakan teknologi animatronik dan ia juga merupakan kerjasama dengan "Dinosaur Encounter". Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Pahang, YB Dato’ Abdul Rahim Muda, menyatakan betapa mereka berharap zoo hibrid baharu ini akan menjadi tarikan baharu kepada pengunjung.


Bukan sahaja dinosaur animatronik, tetapi kawasan itu juga akan menempatkan kafe bertema, makmal dinosaur dan banyak lagi. Apa yang lebih menarik ialah, peminat "Lord of The Rings", persiapkan diri anda kerana di sini terdapat juga Rumah Hobbit!


Anda dapat melihat haiwan comel yang sebenar, tetapi anda juga boleh belajar tentang haiwan pra-sejarah bersama-sama dengan memanjakan diri anda dalam dunia fantasi; semua dalam satu tempat. Semua keseronokan ini hanya berharga RM25 untuk dewasa, dan RM22 untuk kanak-kanak.


Jom jalan!



Sumber: Facebook Cham Ais




14 views0 comments