• Syaziyah Md Sharif

Zizi Kirana Dipuji Netizen, Jaga Aurat Walaupun Sedang Bercuti

Manis betul!

Zizi Kirana merupakan antara penyanyi rap wanita yang tidak asing lagi dalam industri muzik tempatan, baru-baru ini videonya bercuti dengan suami tersayang Yusuf Bahrin dipuji ramai kerana dia memakai pakaian yang sangat sopan dan menutup aurat walaupun di pantai.


Zizi atau nama sebenarnya, Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 36, berkata, dia tidak layak mendapat pujian kerana dia menyatakan dia sendiri masih sedang belajar untuk menjadi seorang muslimah yang baik.


“Saya rasa macam tak layak terima pujian daripada orang ramai. Tetapi, saya sangat menghargai doa-doa yang dipanjatkan mereka. Doa saya juga buat semua yang sedang dalam usaha menjadi muslim yang lebih baik.


“Kita belajar sama-sama dan perlahan-lahan mencari reda Ilahi. Saya sebenarnya segan orang puji hanya kerana pakai stokin, berpakaian labuh pergi pantai. Pada masa sama, saya juga berasa sangat terharu ramai mendoakan kesejahteraan saya,” katanya dalam temu bual dengan Kosmo!


Sebagai info, Zizi berkahwin dengan pelakon Yusuf Bahrin, 29, pada 19 September lalu selepas dua bulan berkenalan ketika bersama-sama terlibat dalam program All Together Now Malaysia.


Sweet betul!




Sumber: Kosmo!



6 views0 comments