• Jonathan Shiek

Zarina Anjoulie Bercerai Kali Kedua

Pasangan yang baru sahaja kembali rujuk dua bulan lalu, pelakon Zarina Anjoulie mengesahkan dia dan suaminya, Eilyas Azhar atau lebih dikenali sebagai Yas bercerai buat kali kedua.

Selepas ramai yang bertanyakan mengenai status hubungan mereka, perkara sedih itu dimaklumkan oleh Zarina menerusi laman Instagram miliknya.

Sumber: Instagram


Selain itu, menerusi Insta Story Eliyas turut memuat naik kenyataan melafazkan cerai terhadap Zarina dengan talak satu.

Credit: Instagram


Menurut Eilyas, dia sudah cukup bersabar dan sudah tiba masanya untuk dia memberi fokus pada diri sendiri serta mendoakan bekas isterinya menjalani kehidupan dengan tenang.

Tidak hanya berhenti disitu, Zarina dilihat turut memuat naik beberapa kenyataan di Insta Story meminta bekas suaminya itu memulangkan semua barangan yang diberikannya antaranya telefon bimbit dan beg jenama mewah.

“Kau dah ceraikan aku, ha jangan malu-malu nak kasi barang-barang aku balik ya, yang kau pakai tu beg, kasut tu, sebab aku bukan sugar mummy kau ya. Kau dah boleh beli telefon baru ya, aku nak telefon aku balik,” tulisnya.

Terdahulu, Zarina mendirikan rumah tangga dengan Eilyas pada 17 Julai tahun lalu namun rujuk semula pada Mac selepas bercerai pada Januari lalu

0 views0 comments