• Jonathan Shiek

Zack Snyder Kongsikan Gambar Pertama Joker Dalam Justice League

Pengarah Zack Snyder telah berkongsikan di ruangan Twitter rasminya pada umum, iaitu pelakon Jared Leto untuk filem Justice League nanti. Semestinya, para peminat DC Extended Universe memang ternanti-nanti dengan kemunculan sulung watak Joker dalam filem Justice League kali ini.

Seperti dilihat pada gambar tersebut, ia dikaburkan latar belakang dan hanya penampakkan kad Joker saja. Jared Leto juga agak berbeza sedikit dari penampilannya semasa dalam filem Suicide Squad.

Amazing character you created. Honored to have our worlds collide. @DavidAyerMovies @JaredLeto pic.twitter.com/6FubzkPh4Y — Zack Snyder (@ZackSnyder) February 2, 2021
Zack Snyder shares the first official look at Jared Leto’s Joker in #JusticeLeague. 📸 (@VanityFair) pic.twitter.com/W9DV6umvhE — XSET (@XSETGAMING) February 10, 2021

Menurut Snyder, beliau akan menggunakan watak Joker dengan sehabis baik mungkin dalam filem Justice League kali ini. Menurut dari laporan Vanity Fair, tiada lagi imej kelab malam buat watak Joker kali ini. Ia akan melebihkan watak Joker dengan memakai baju bulletproof dan memakai banyak lencana polis yang pernah ditumpaskan sebelum ini.

Mesti korang tertanya-tanya bila filem Justice League akan ditayangkan? Menurut dari sesebuah laporan, filem berkenaan bakal ditayangkan pada 18 Mac 2021 ini di Amerika Syarikat. 

0 views0 comments