• shafika9

Youtuber Wanita Ini Menyesal Tolak Tawaran Bagi Peranan Dalam ‘Squid Game’

Walaupun hanya sekadar model di dalam drama siri tersebut, tapi bayaran agak lumayan

Kredit foto: AllKpop

Baru-baru ini, pasangan Youtuber Raye & Jin mendedahkan sebenarnya Raye berpeluang dapat menyertai dalam drama siri Hit Netflix, iaitu ‘Squid Game’. Raye merupakan seorang Youtuber dari Amerika Syarikat yang kini tinggal bersama suaminya adalah orang Korea Selatan. Menurut dari Raye sendiri, dia telah ditawarkan untuk peranan dalam drama tersebut tetapi ditolak. Raye menyatakan bahawa peranannya itu perlu menanggalkan pakaian dan hanya ditutup dengan semburan cat pada badan. Maka dia menolak tawaran lakonan itu.


Kata Raye yang menerusi dari satu video saluran YouTube mereka, “saya menerima dari satu mesej ini, dimana tawaran tersebut saya harus menjadi model yang perlu berbogel separuh badan dan di cat pada keseluruhan anggota badan. Pada bahagian payu dara akan ditutupi dengan pelekat dan hanya dibenarkan untuk memakai seluar dalam saja.

“Dan saya akan akan dibayar sebanyak $4,500 (RM 18,833) untuk dalam tempoh tiga hari saja, itu adalah duit yang sangat banyak,” kata Raye dalam video tersebut. Akhirnya, Raye membuat keputusan untuk menolak tawaran itu kerana tidak mengetahui jenis projek apa yang akan dilakukan dan malah, ia turut memalukan pada dirinya sendiri.


Tanpa dia sedari, sebenarnya tawaran itu adalah untuk babak dalam siri Netflix yang popular iaitu ‘Squid Game’. Dia berkata lagi, “sekiranya saya tahulah itu adalah siri popular ‘Squid Game’, saya pasti akan menerima tawaran tersebut. Lain kali, saya pasti akan berkata ‘Ya’,” katanya yang sanggup menerima sebarang tawaran model selepas ini.


Sumber artikel asal dari AllKpop

16 views0 comments