• Jonathan Shiek

YouTuber Menyamar Jadi Wanita Seksi, Akhirnya Terbongkar Dia Seorang Lelaki

Seorang YouTuber dari negara Jepun yang disangka seorang wanita, tapi telah membuat pengakuan berani mati dengan mendedahkan dia sebenarnya adalah seorang lelaki. Lelaki berkenaan yang memakai payudara silikon untuk membuat video seksi setiap kali pada videonya dimuat naikkan.

Lelaki berkenaan berumur 37 tahun yang dikenali sebagai Chiharu telah mendedahkan mengenai perkara sebenar, mengenai jantinanya selepas nekad untuk tak terus menipu para pengikutnya.

Lelaki berkenaan yang memulakan kehidupannya sebagai YouTuber pada Disember tahun lepas telah menarik sehingga 20,000 pengikut yang melanggan salurannya. Video-video banyak memaparkan tentang kehidupan Chiharu yang melakukan rutin senaman malam dengan sudut kamera yang banyak memberi fokus di bahagian dada pada setiap masa.

Chiharu juga tak pernah membuka pelitup muka dan tak pernah bercakap apabila berhadapan dengan kamera bagi mengelak identitinya terbongkar. Menurutnya lagi, dia menyamar sebagai wanita kerana merasakan YouTube adalah mudah untuk menjana wang.

Kini, selepas lelaki berkenaan mendedahkan identiti sebenar, pengikutnya di laman YouTube telah berkurang kepada 18,600 orang pengikut. Tapi sekurang-kurangnya, lelaki berkenaan telah berlaku jujur terhadap dirinya dan tak nak menipu kepada para pengikutnya di saluran YouTube.

Sekiranya, ada sesiapa yang memahami bahasa Jepun, bolehlah tonton video penjelasan lelaki berkenaan untuk ketahui lebih lanjut.




Sumber artikel asal dari Kosmo!

0 views0 comments