• Syaziyah Md Sharif

YB Syed Saddiq, Nor Diana Antara Yang Tersenarai Dalam Senarai ‘Young Asians To Watch’

Updated: Oct 4, 2021

Pada 19 Disember lepas, The Straits Times Singapore mengeluarkan senarai ‘30 and Under Young Asians To Watch’.

Senarai ini memperlihatkan personaliti dari bidang hiburan, politik dan sukan.

Antara nama dari Malaysia adalah YB Syed Saddiq untuk bidang politik. Beliau disenaraikan dalam senarai itu atas sebab menjadi menteri pada usia 25 tahun dan juga kelantangan beliau bersuara dalam arena politik.

Selain itu, Nor Diana atau diberi jolokan ‘Phoenix’ mencipta nama dalam arena gusti kerana ketangkasannya dan juga beliau merupakan ahli gusti pertama yang bertudung.

Nama lain yang mewakili Malaysia adalah Heidy Quah yang memulakan NGO Refuge For The Refugee di Kuala Lumpur. Beliau merupakan seorang aktivis yang mahukan pendidikan untuk pelarian dan pernah memenangi anugerah dari Queen Elizabeth atas pencapaiannya itu.

Sumber: The Straits Times

1 view0 comments