• Jonathan Shiek

‘Ya, Saya Dah Kahwin Semalam’ – Elizabeth Tan

Penyanyi Elizabeth Tan mengesahkan dirinya sudah berkahwin dengan ahli perniagaan Siew Jim dalam satu majlis sederhana di Gombak, Selangor, pagi semalam.

Menerusi Harian Metro, Elizabeth atau mesra disapa Lizzy, berkata dia memohon maaf kerana tidak berkesempatan untuk berkongsi berita gembira itu kepada umum apabila kisah perkahwinannya tular sejak pagi tadi.

“Saya minta maaf sebab tak sempat nak berkongsi berita mengenai perkahwinan saya sebab sudah tular lebih awal.

“Saya memang cadang nak umumkan perkara ini apabila sudah bersedia. Saya ambil keputusan untuk tidak menghebohkan isu perkahwinan kerana pada saya, ini adalah isu kecil sahaja.

“Gambar dan video yang tersebar mengatakan saya sudah berkahwin adalah benar. Majlis semalam adalah sangat ‘intimate’ dan dibuat secara sederhana sebagai langkah mematuhi prosedur operasi standard (SOP)  dan hanya dihadiri 10 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan rapat,” katanya.

Menurut Lizzy, dia menganggap perkahwinan adalah satu hal yang begitu peribadi buat dirinya.

“Saya mohon maaf kerana tidak dapat menjemput ahli keluarga yang lain, serta rakan-rakan media.

Gambar perkahwinannya itu tular selepas beberapa orang rakannya memuatnaik majlis itu.

Tahniah Lizzy!

#elizabethtan

0 views0 comments