• shafika9

Wei Lun Berjaya Sumbangkan Pingat Perak Buat Malaysia

Ini merupakan pingat pertama bagi acara sukan Boccia yang diraih sendiri oleh Wei Lun

Kredit foto: FMT


Tahniah buat kontinjen Malaysia yang berjaya meraih pingat pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 selepas atlet Boccia, Chew Wei Lun memenangi pingat perak pada aksi final acara individu BC1 di Pusat Gimnastik Ariake pada semalam.


Wei Lun terpaksa akur dengan kehandalan dari pemain Great Britain dan merupakan pemain no.1 dunia iaitu David Smith apabila tewas 2-4. Meskipun bermula dengan cemerlang pada awal permainan dengan mendahului 2-0 pada pusingan pertama, namun Smith berjaya mengejar semula kedudukan dengan mengutip empat mata berturut-turut.


Aksi yang ditampilkan oleh Wei Lun di Paralimpik Tokyo wajar diberikan pujian kerana dia tidak diletakkan sebarang harapan untuk memenangi pingat. Apa-apa pun kami ingin mengucapkan tahniah sekali lagi buat Wei Lun kerana berjaya memberikan pingat buat negara tercinta. Terus maju jaya dalam dunia sukan Boccia ini di masa akan datang.


Sumber artikel asal dari Kosmo!


4 views0 comments