• Jonathan Shiek

Wawa Zainal Buktikan Kejayaannya Meskipun Pernah Dipandang Rendah

Kejayaan pasangan selebriti Wawa Zainal dan Aeril Zafrel menjadi inspirasi kepada mereka yang sering dipandang rendah dan dikecam.

Dahulu, pasangan ini pernah menjadi bualan hangat apabila mereka melangsungkan perkahwinan mereka secara rahsia dan membatalkan kontrak lakonan bersama Metrowealth.

Kecaman yang mereka terima sangat teruk sehinggakan mereka tidak muncul di kaca TV buat sementara waktu.

Namun, pada 18 Januari lepas, menerusi laman Instagramnya, Wawa Zainal berkongsi kepayahannya menjadi seorang ahli perniagaan.


View this post on Instagram

A post shared by Wawa Zainal ®️ (@w4w4_zainal)


Dalam caption video tersebut beliau menyatakan;

“pernah tak orang pandang rendah pada korang? wawa juga pernah.. tapi kata2 mereka tu kita jadikan semangat utk kita berusaha lebih lagi.. jangan pernah down tau..

dan ketika kita da capai apa yg kita impikan.. dan ketika kita sudah punya segalanya.. janganla sombong dan terlalu bangga dengan apa yg kita ada .. dan jgn pernah memandang rendah pada orang lain..

apa2 pun sentiasa syukuri apa yg kita ada .. Boleh?”

Dalam video itu juga, beliau menyatakan ramai yang menyangka hubungannya bersama Aeril Zafrel tidak berpanjangan kerana mereka bernikah di usia muda.

Walaubagaimanapun, Wawa membuktikan segala kecaman itu merupakan pembakar semangat kepada kejayaanya!

Congrats Wawa!

1 view0 comments