• Syaziyah Md Sharif

Warung Di Celah Batu, Pengunjung Perlu Merangkak Untuk Masuk

Sebuah warung tepi pantai di kota Jogjakarta, Indonesia menjadi tular di media sosial kerana keunikannya yang berada di celahan batu besar sehingga memaksa pelanggan yang ingin menjamu selera merangkak untuk masuk.


Menerusi laman portal Suara, warung unik itu bertempat di Pantai Sadeng, Gunung Kidul.

@ridhexMasuknya ngerangkak ##fyp

♬ DJ Merayu – Rian.A


Menerusi rakaman video yang dimuat naik seorang pengguna TikTok, laluan masuk ke warung tersebut amat sempit dan memerlukan pengunjung untuk merangkak dan menunduk.


“Ada warung yang dibina di bawah batu. Perlu merangkak jika ingin masuk,” menerusi kapsyen video tersebut.


Selepas masuk ke bahagian dalam, barulah pengunjung boleh berdiri seperti biasa dan duduk menikmati makanan yang sering dijual di tepi pantai.


Video yang dimuat naik itu menjadi tular dan menerima lebih tiga juta tontonan dengan ramai netizen meluahkan rasa kagum dan takut melihatkan keadaan warung tersebut.

Sumber: Suara.com 

2 views0 comments