• Jonathan Shiek

Warga Emas Maut Dirempuh Lori

Kejadian yang berlaku di Batu Pahat, Johor apabila seorang warga emas maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat kemalangan akibat dirempuh lori ketika berada di Kilometer 78.1 (U) Lebuh Raya Utara Selatan, Ayer Hitam -Yong Peng.

Kejadian yang berlaku pada 5 petang itu, mangsa Ahmad Yusof Kartow berumur 61 tahun mengalami kecederaan dan disahkan maut di lokasi kejadian. Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kemalangan disebabkan mangsa menunggang motosikal jenis Demak telah dirempuh dari belakang oleh sebuah lori jenis Nissan yang dipandu lelaki berusia 55 tahun.

“Sebuah lori melanggar motosikal mangsa dari belakang menyebabkan mangsa cedera dan maut di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan. Kini mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat untuk dibedah siasat.

Sumber artikel asal dari Kosmo!

0 views0 comments