• Jonathan Shiek

Warga Emas Berjaya Dengan Misi Menamatkan 100 Larian

Apabila usia sudah meningkat bukanlah satu perkara yang mudah untuk kekal cerdas dan aktif pada ketika ini. Tapi berbeza pada seorang wanita ini, sangat mengagumkan pada usianya yang 70 tahun telah berjaya menamatkan misi 100 larian dalam tempoh dua dekad.

Wanita berkenaan, Wang Lang dari Liaoning, China telah menyertai larian ketika usianya 50 tahun bagi mengisi masa lapang selepas bersara untuk mengekalkan gaya hidup sihat. Dia juga menyedari bahawa sukan ini amat sesuai dengannya dan kini menjadi minat buat dirinya.

Menurut agensi berita Sina, Wang membuat latihan larian sekurang-kurangnya 20 kilometer enam hari seminggu dan pada Ahad dia menyertai rakan kelab larian jarak jauh. Wang percaya usia bukanlah satu penghalang untuk melakukan perkara yang diminati selagi keadaan tubuh badannya masih dalam keadaan sihat. 

Selain dari itu, Wang juga seorang pendaki dan menduduki tempat ke-27 daripada ribuan peserta acara larian, Taishan International Mountaineering Festival. Dia turut memasuki cabaran ekstrem dengan berlari di 208 trek selepas tidak tidur selama 48 jam. Rasa mencabarnya!.

Sumber artikel asal dari Harian Metro

0 views0 comments