• Jonathan Shiek

Warga Bangladesh Cuba Rentas Negeri, Menaiki Teksi & Cuba Rasuah Polis Semasa ‘Roadblock’

Seorang lelaki warga Bangladesh ditahan atas tuduhan cuba merasuah anggota polis yang pada ketika itu sedang menjalankan tugas sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Lunas, Lebuh Raya Butterworth Kulim (BKE) Rabu lalu.

Mohammad Mosarof, 30 yang bekerja sebagai buruh binaan telah mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Murtazadi Amran. 

Menurut dari pertuduhan, Mohammad memberi wang tunai RM500 kepada Koperal Muhammad Syazwan Ahmad Safiudin, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik yang bertugas pada 3.30 petang, 20 Januari lalu. Dia cuba memberi wang berkenaan dengan memegang tangan Koperal Muhammad Syazwan sambil meletak wang pada tapak tangan anggota polis terbabit.

Dakwaan mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanja Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum RM 10,000.

Menyebabkan dia ditahan serta merta, dan hakim mahkamah iaitu Murtazadi menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM 12,000 serta tambahan satu tahun penjara jika tertuduh gagal membayar denda berkenaan. 

Sumber artikel asal dari MyMetro

1 view0 comments