• shafika9

Wanita Terus Dilamar Selepas Sedar Daripada Koma Hampir Sebulan

Tahniah ! buat kedua pasangan ini, semoga dapat berkahwin secepat mungkin

Kredit foto: Kosmo!


Seorang wanita yang berada dalam keadaan koma akibat penyakit ganjil pada Ogos 2019 terharu apabila dilamar kekasih hatinya selepas dia sedar sebulan kemudian. Viktoria Cupay disahkan menghidap penyakit ganjil Lupus pada 2016 dan pada 2019 pula, dia disahkan menghidap sindrom Stevens-Johnson dan nekrolisis epidermal toksik yang merupakan penyakit kulit ganjil, dan ia juga boleh membawa maut.


Disebabkan keadaanya itu, dia menjadi koma, tiga tahun selepas pertama kali didiagnos. Teman lelaki Viktoria, Nicholas William Baldo yang dipanggil Nick mengambil langkah untuk melamar teman wanitanya itu. Nick yang memakai sut perlindungan diri, mula melamar kekasih hatinya itu di katil pesakit sambil memegang cincin pertunangan.


Viktoria yang kini sedang pulih berkata, Nick melamarnya kerana dia tahun proses pemulihan wanita itu akan mengambil masa yang panjang dan dia mahu menemani Vaktoria sepanjang proses itu. Kini pasangan tersebut memutuskan untuk berkahwin pada tahun depan.


Sumber artikel asal dari Kosmo!


0 views0 comments