• Jonathan Shiek

Wanita Tersenarai Dalam Guinness World Records Dengan Kain Layah Terpanjang Dunia

Pernahkah korang melihat kain layah yang terpanjang di dunia? semestinya belum pernah bukan? Tapi seorang wanita telah berjaya mendapat Guinness World Record (GWR) kerana memakai kain layah terpanjang di dunia. Wanita tersebut yang berasal dari Cyprus telah mencipta rekod dunia dengan memakai kain layah sepanjang 962.6 meter ketika majlis perkhawinannya baru-baru ini.

Video tersebut telah dikongsikan oleh pihak GWR di akaun rasmi Instagram. Sekiranya korang ingin melihat video berkenaan, korang boleh menonton dibawah ini.


View this post on Instagram

A post shared by Guinness World Records (@guinnessworldrecords)


Menurut Maria dia telah memasang impian yang dah lama diidamkan untuk memasuki dalam senarai GWR sejak kecil lagi. “Impian saya sejak kecil adalah untuk tersenarai dalam GWR dengan kain layah di dunia,” katanya. 

Kalau korang nak tahu hampir 30 sukarelawan yang mengambil masa sehingga enam jam untuk menyusun kain layah berkenaan. Memang makan masa bukan?

Sumber artikel asal dari Astro Awani 

0 views0 comments