• shafika9

Wanita Temui Skru Kecil Dalam Piza

Pastikan korang sentiasa berhati-hati sebelum makan, takut ada yang tercekik karang

Kredit foto: Kosmo!


Terdapat seorang pelanggan di Britain apabila memesan salah satu restoran piza dan telah menemui skru pada sekeping piza yang dipesan. Wanita yang dikenali sebagai Barton, pada 29 Julai lalu sedang menikmati piza tersebut sebelum menyedari terdapat objek besi melekat dalam keju pada bahagian atas piza.


Dia lantas menghubungi restoran berkenaan untuk membuat aduan. Wanita berkenaan berkata, “sila periksa semula piza anda sebelum makan. Saya tidak dapat bayangkan sekiranya saya atau orang lain termakan objek tersebut. Ia boleh berlakunya insiden tercekik kalau tidak berhati-hati sebelum makan”.


Selepas insiden itu, Barton memuat naik gambar piza yang ditempahnya ke dalam media sosial dan meminta orang ramai supaya berhati-hati. Pengurus cawangan kedai tersebut telah pun memohon maaf dan memulangkan semua duitnya.


Sumber artikel asal dari Utusan Malaysia


0 views0 comments