• shafika9

Wanita Nyaris Maut Akibat Dihempap Meteorit Ketika Tidur

Korang masa nak tidur pun, kena berhati-hati juga. Takut ada yang terjatuh dari atas bumbung

Kredit foto: Utusan Maaysia


Kejadian yang tidak disangka-sangka boleh juga berlaku walaupun ketika tidur. Seorang wanita di Kanada yang terkejut dan hampir meragut nyawanya ketika tidur apabila sebuah batu meteorit jatuh menembusi bumbung rumahnya lalu mendarat di bantal bersebelahan ketika tidur. Ruth Hamilton terbangun selepas mendengar bunyi dentuman kuat dan debu di wajahnya pada 4 Oktober lalu.


“Saya bangun dari katil dan memasang lampu, ketika itu saya tidak pasti apa yang sudah berlaku ,” katanya kepada Victoria News. Dia melihat bongkah batu di bantal bersebelahan tempat tidurnya sebelum menghubungi talian kecemasan 911 untuk mendapatkan bantuan. Kemudian, Hamilton dan seorang pegawai membuat panggilan untuk mengesahkan sama ada serpihan itu dari tapak pembinaan di Kicking Horse Canyon.


“Kami menghubungi pihak pengurusan projek untuk mengetahui sekiranya mereka meletupkan sesuatu ketika kerja pembinaan. Namun mereka mendakwa melihat satu cahaya terang di langit meletup dan menyebabkan dentuman itu,” kata Hamilton


Akhirnya, mereka percaya bahawa batu yang jatuh menembusi bumbung rumahnya adalah batu meteorit. Hamilton tidak mengalami seberang kecederaan dan merancang untuk menyimpan batu itu sebagai kenangan bagi cucunya.


Sumber artikel asal dari Utusan Malaysia

9 views0 comments