• Jonathan Shiek

Wanita Menyanyikan Lagu Blackpink, ‘How You Like That’ Bikin Berdekah Habis

Siapa yang tak mengenali kumpulan K-pop yang sensasi iaitu Blackpink betul tak? Kumpulan yang paling popular di peringkat global, malah di Malaysia sendiri. Lagu-lagu mereka seperti How You Like That, Kill This Love, Boombayah antara banyak menerima reaksi baik oleh peminat mereka.

Sumber : Coconut Jakarta

Namun begitu, terdapat satu hal lain yang kini video tersebut tular di laman media sosial. Dalam video tersebut kelihatan beberapa wanita menyanyikan lagu Blackpink yang berjudul ‘How You Like That’. Apa yang mencuri perhatian ramai adalah sebutan si wanita tersebut ketika menyanyi dan gelagat tarian mereka yang spontan.

Berikut adalah video beberapa wanita menyanyikan lagu Blackpink ini yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter. Lihat saja video ini, terus menceriakan hari-hari korang.

Ni bukan Blackpink ni Blackhead pic.twitter.com/DqpCpaPugb — IBCIG (@IBCIG) January 8, 2021

Memang bikin dekah habis bila lihat mereka buat persembahan. Yang paling penting sekali adalah keyakinan diri. Bukan senang tau nak buat persembahan macam ni? Perkongsian tersebut dapat meraih lebih 60.6 ribu tontonan dan 1,100 retweets serta 1,300 likes. Boleh dilihat rata-rata warganet rasa mudah terhibur dan meninggalkan reaksi mereka tersebut di ruangan komen di bawah ini.

Sumber artikel asal dari HCL

Kredit foto: South China Morning Post , @IBCIG Twitter

#blackpink

0 views0 comments