• Jonathan Shiek

Wanita Mendakwa Suami Wawa Zainal, Aeril Zafrel Ingin Membuat…Dengannya.

Pelakon Wawa Zainal telah berkongsi mesej ‘menyeramkan’ daripada seseorang tidak dikenali menerusi Instagram yang mendakwa mengenali suaminya, Aeril Zafrel.

Menerusi screenshot mesej yang diterima Wawa, individu terbabit memberitahu bahawa dia merupakan kawan rapat kepada Aeril dalam Instagram dan ‘membongkar’ aksi pelakon itu terhadapnya.

“Saya ialah kawan rapat husband (suami) kamu dalam IG.

“Dia kahwin kamu dan membuat… dengan pompuan lain,” 

Dakwa individu itu lagi, Aeril ada mengirim mesej kepadanya dan bertanyakan jika dia boleh melakukan ‘sesuatu’ (bunyi macam nak melakukan hubungan seks) dengannya.

Individu terbabit juga beritahu dia telah bersetuju dan mengajak pelakon itu untuk ke sebuah hotel berdekatan dengan Jonker Street di Melaka.

Dalam kiriman mesej tersebut juga, individu itu mengajak Wawa untuk datang ke hotel dan melihat sendiri suaminya berada dalam keadaan bogel. Ya Tuhan.

Tapi Wawa rileks jer. Menganggap kiriman mesej tersebut sebagai melucukan, Wawa Zainal berkongsi bahawa dia rasa individu berkenaan sangat menyeramkan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Wawa berasa geli hati lebih-lebih lagi apabila mesej tersebut ditulis menggunakan bahasa Melayu yang tunggang-langgang.

“Bahasa Melayu hancur. Macam guna Google Translate je,” ujar salah seorang pengguna Instagram.


View this post on Instagram

A post shared by Wawa Zainal ®️ (@w4w4_zainal)


0 views0 comments