• Jonathan Shiek

Wanita Menaiki Teksi 8 Jam Perjalanan, Ditangkap Sebab Tak Bayar Duit Tambang

Kejadian yang berlaku di Jepun, menurut dari Asahi Shimbun seorang wanita ditangkap atas kesalahan mengelak untuk membayar duit tambang teksi yang memakan masa perjalanan lebih dari 600 KM dari wilayah Kanagawa sehingga wilayah Tottori.  

Berlaku sekitar 2.30 pagi pada hari Ahad lalu, Ayaka Sakai menaiki teksi dari JR Totsuka station di Bandar Yokohama. Dengan berkata pada pemandu teksi berkenaan, “saya ingin melihat Tottori Sand Dunes”. Hampir 8 jam memandu sehingga ke JR Tottori Station, tapi apabila diminta untuk dibayar 236,690 yen bersamaan RM 9225, Sakai berkata, “ saya tiada wang”. 


Sumber: Google Maps

Pemandu teksi berkenaan bawa wanita tersebut ke balai polis Tottori dimana dia dituduh melakukan penipuan. “Saya tak tahu nama saya dan alamat,” kata wanita berkenaan yang memiliki beberapa ratus yen.

Bagaimanapun, polis dapat mengenal pasti identiti wanita tersebut bahawa dia berasal dari bandar Miyako, wilayah Iwate. 

Kejadian ini, bukanlah pertama kali berlaku di Jepun. Pada tahun 2016, seorang lelaki yang turut gagal membayar duit tambang teksi hampir 850 KM perjalanan dari Bandar Yokohama, wilayah Kanagawa ke Matsuyama, wilayah Ehime. Ia menelan kos perjalanan sebanyak 270,000 yen bersamaan RM 10,926. 

Sumber artikel asal dari Tokyo Reporter

#teksi

0 views0 comments