• Jonathan Shiek

Wanita Maut Kereta Dirempuh Dari Belakang

Kejadian yang berlaku di Lebuh Raya Persekutuan dekat Kilometer 32.9 menghala ke ibu negara kelmarin. Melibatkan seorang wanita maut dalam kemalangan terbabit. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kemalangan melibatkan dua buah kereta iaitu Perodua Bezza dan Perodua Azia.

“Kereta jenis Perodua Axia yang dipandu oleh seorang wanita berusia 33 tahun di lorong tengah telah dirempuh dari belakang oleh kereta Perodua Bezza yang datang dari lorong paling kanan. Kemudian, pemandu Perodua Bezza secara tiba-tiba bertukar lorong ke kiri dalam keadaan laju dan menyebabkan hilang kawalan lalu merepuh bahagian belakang kereta wanita berkenaan sehingga terbalik,” katanya.

Kes ini akan disiasat berhubung kemalangan dan masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Terdapat sebuah klip video dashcam yang dirakam salah sebuah kenderaan lain. Korang boleh lihat video tersebut di bawah ini.


0 views0 comments