• Jonathan Shiek

Wanita Maut Akibat Terlanggar Tiang Elektrik

Kejadian yang berlaku di Mesing, Johor Bahru apabila seorang pengawal keselamatan maut maut apabila kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar tiang elektrik di Jalan Resang-Mersing.

Mangsa yang dikenali Nadiah Md Tahir, 32 tahun meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami cedera parah. Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cryril Edrward Nuing berkata kereta berkenaan yang dipandu oleh mangsa bersendirian dari Tanjung Resang menuju ke Bandar Mersing. 

“Mangsa hilang kawalan dan terbabab melanggar tiang elektrik semasa sampai di Jalan Tanjung Resang Mersing. Kemalangan tersebut mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, badan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik Hospital Mersing,” katanya.

Kini, mayat mangsa telah dihantar ke forensik Hospital Mersing untuk bedah siasat dan kes disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber artikel asal dari Berita Harian

1 view0 comments