• Jonathan Shiek

Wanita Maut Akibat Jangkitan Selepas Tindik Kening

Seorang remaja perempuan maut selepas menindik kening sendiri di rumahnya di Engenheiro Caldas, timur Brazil. Mangsa Izabela Eduarda de Sousa, 15 melakukan prosedur sendiri jatuh sakit setelah beberapa hari selepas itu. 

Ibu dan keluarganya yang melarang atas perbuatannya itu, dan tanpa menghiraukan larangan tersebut dan remaja berkenaan teruskan untuk menindik keningnya dengan bantuan daripada rakan perempuan lain.

Selepas tiga hari, mangsa mula mengalami beberapa simptom dan matanya mula membengkak sebelum dibawa ke hospital dan mengalami serangan jantung. Ini menyebabkan remaja berkenaan terus meninggal dunia. 

Menurut pakar perubatan menasihatkan agar prosedur estetik sperti menindik kening harus dijalankan oleh golongan profesional di klinik berlesen.  

Sumber artikel asal dari Utusan Malaysia 

0 views0 comments