• Jonathan Shiek

Wanita Mali Lahirkan Kembar Sembilan

Seorang wanita di negara Mali telah melahirkan bayi kembar sembilan dan semuanya dalam keadaan baik dan sempurna, menurut pihak berkuasa. Pihak berkuasa Mali menerbangkan Halima Cisse, 25 tahun ke Afrika Barat ke Maghribi pada 30 Mac lalu supaya ibu berkenaan mendapat penjagaan yang lebih baik.

Pada awalnya, dipercayai wanita tersebut mengandungkan bayi kembar tujuh. Tapi ternyata sembilan kembar secara keseluruhan. Kes wanita mengandungkan anak kembar sembilan tersangatlah luar biasa. 

Kementerian Kesihatan Mali dalam satu kenyataan berkata, Cisse melahirkan lima bayi perempuan dan empat bayi lelaki. Doktor sebelum ini khuatir akan kesihatan Cisse termasuk peluang bayi untuk selamat. Kini Cisse dan bayi kembarnya akan kembali ke tanah air dalam beberapa minggu lagi.

Sumber artikel asal Harian Metro

0 views0 comments