• Syaziyah Md Sharif

Wanita Ini Trauma Selepas Tangan Dijilat 'Abang Askar'

Kejadian itu dipercayai berlaku di Taman Keramat, Ampang


Seorang pekerja wanita di sebuah kedai Vape di Taman Keramat di sini, trauma selepas tangannya dijilat seorang lelaki berpakaian seragam tentera dalam satu kejadian pada tengah hari semalam.


Dalam kejadian pada pukul 1 tengah hari itu, suspek yang memakai seragam tentera telah ke kedai tersebut untuk membeli barangan vape dan keluar dari premis berkenaan sejurus selesai.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, bagaimanapun, suspek telah kembali ke kedai tersebut dan mendakwa pod vape yang dibelinya tidak berfungsi.

“Mangsa yang berusia 18 tahun itu telah memeriksa pod berkenaan dan menggantikan dengan yang baru.


“Ketika menyerahkan pod vape berkenaan, suspek telah mengambil kesempatan dengan memegang tangan dan menjilat tangan pekerja wanita tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Mengulas lanjut, mangsa telah memberitahu terdapat televisyen litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan sebelum suspek melepaskan tangan mangsa dan beredar dari lokasi kejadian.


“Orang awam yang memiliki maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Siti Zaleha Abdullah ditalian 03 42897222 atau balai polis berhampiran.” ujarnya.




Sumber: Kosmo!

80 views0 comments