• Syaziyah Md Sharif

Wanita Ini Tidak Pernah Memotong Rambut Selama 26 Tahun!

Wah, macam Rapunzel!

Kredit Foto: Instagram @alla_perkova

Seorang wanita Ukraine yang berusia 38 tahun tidak pernah memotong rambutnya yang kini sepanjang 65 inci sejak dia berusia 12 tahun.


Alla Perkova yang merupakan model rambut memberitahu,


"Gunting tidak menyentuh rambut saya dalam hampir 30 tahun," katanya kepada Caters.


Perkova juga berkongsi, oleh kerana rambutnya yang berwarna keperangan itu sangat panjang, dia boleh menggayakan rambutnya itu dengan lebih 50 stail dan gaya.


Dia juga tidak menggunakan produk gaya khas pada rambutnya dan menegaskan bahawa panjang rambutnya adalah hasil genetik yang baik dari ibunya, Maria Perkova.


"Ibu saya adalah contoh kecantikan dan kewanitaan. Dia masih mempunyai rambut panjang yang sihat pada usia 79. Rambut saya berkilat dan sihat kerana saya mempunyai genetik dan kesihatan yang baik. Saya berterima kasih kepadanya kerana mengajar saya penjagaan yang betul," katanya.


"Saya tidak mengikuti diet tertentu untuk membantu pertumbuhan rambut saya. Saya tidak mewarnai rambut saya dengan pewarna atau produk dan prosedur khas. Saya menyikat mereka dengan lembut dan perlahan,” kata Perkova.


Dia menjelaskan bahawa dia mencuci rambut setiap dua hari selama 10 minit dan menggunakan pengering selama setengah jam. Perkova menggunakan syampu biasa dan mengelakkan topeng rambut atau balsem.


Cantiknya!



Sumber: New York Post

14 views0 comments