• shafika9

Wanita Ini Meroyan Kerana Enggan Memakai Pelitup Muka Ketika Memasuki Butik

Bukannya susah pun pakai ‘mask’, kenapa susah sangat nak ikut peraturan

Kredit foto: Kosmo!


Kejadian yang berlaku di pusat membeli-belah yang terkenal di ibu kota, seorang wanita warga asing yang enggan memakai pelitup muka cuba untuk memasuki butik mewah di premis berkenaan tetapi gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. Malah, dilihat keadaan semakin tegang kerana berlaku pertengkaran wanita tersebut dengan petugas butik selepas dia diminta untuk mematuhi SOP digariskan.

Tindakan menjengkelkan wanita itu telah dikongsi oleh salah seorang pengguna Twitter @DFEfiercefun yang turut berada di lokasi kejadian insiden tersebut berlaku. “Sedang beratur di situ, tidak boleh memakai pelitup muka, wanita itu mahu masuk juga dan menyifatkan individu memakai pelitup muka sebagai komunis. Tahniah buat petugas butik itu dan buat @Khairykj dan @ KKMPutrajaya, cari dan saman dia,” melalui ciapan tersebut.


Dalam video tersebut, wanita itu dilihat meminta pada petugas premis untuk tidak melarangnya kerana Malaysia adalah sebuah negara bebas. Melalui kata-kata dari wanita tersebut, rata-rata pengguna media sosial tidak berpuas hati dengan tindakan dari dia. Malah, wanita itu seolah-olah mencabar SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.


Bukan setakat itu sahaja, orang ramai mempersoalakan bagaimana wanita itu boleh memasuki pusat membeli-belah sedangkan SOP diamalkan dengan penjagaan yang ketat dan terkawal pada setiap masa. Ini antara respon dari netizen berkenaan wanita tersebut.




Sumber artikel asal dari Kosmo!

13 views0 comments