• Syaziyah Md Sharif

Wanita Ini Mengaku Rumah Tangga Bahagia Walaupun Suami Seorang Gay

Pasangan itu juga mempunyai dua orang anak

Kredit Foto: New York Post

Seorang wanita dari Michigan, Amerika Syarikat berkongsi kehidupan rumah tangga yang dibina bersama suami sangat bahagia walaupun suaminya merupakan seorang lelaki daripada golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).


Menerusi portal New York Post, Brynn Embley dan suaminya Matthew Neilson kini dikurniakan dua orang anak dan mereka mengakui mempunyai persamaan yang kuat serta hubungan intim yang hebat.


Menurut Embley, dia mengaku ada kalanya berasa tidak yakin terhadap rumah tangga mereka tetapi wanita itu berpendapat bahawa hubungan mereka lebih erat kerana masing-masing tidak memberikan fokus kepada paras rupa.


“Terdapat persamaan perasaan antara kami dan kami saling melengkapi,” kata Embley.


Sementara itu, bagi Neilson, dia sedar bahawa terdapat orang di sekeliling mereka yang berpendapat bahawa hubungan tersebut adalah ‘salah’.


“Saya enggan memberi perhatian terhadap kata-kata negatif yang akan membuatkan saya berasa tidak gembira.


“Kami berdua percaya bahawa terdapat beberapa elemen yang menguatkan hubungan ini dan sekiranya bahagian itu menjadi sukar, kami boleh mengharunginya bersama,” kata lelaki itu.





Sumber: Kosmo!, New York Post

17 views0 comments