• Syaziyah Md Sharif

Wanita Ini Mendakwa Diselamatkan Oleh 'Superman' Dari Puting Beliung

"Jika bukan kerana 'dia' mungkin saya masih tersekat di bawah tembok"

Gambar Hiasan

Seperti sebuah filem aksi adiwira, seorang wanita mendakwa bahawa dia telah diselamatkan oleh 'superman' apabila puting beliung maut melanda negeri Kentucky Amerika Syarikat (AS).


Wanita yang dikenali sebagai Autumn Kirks itu, sedang bekerja di kilang lilin Mayfield, apabila puting beliung melanda dan Kirks juga kehilangan teman lelakinya Lannis Ward dalam bencana alam tersebut.


Angka kematian akibat puting beliung yang mencecah ratusan batu di Kentucky hujung minggu ini dijangka mencecah angka ratusan dengan ramai yang masih hilang ketika misi menyelamat dijalankan.


Gabenor Kentucky Andy Beshear menyatakan ini adalah peristiwa puting beliung paling maut dalam sejarah negeri itu.


Apabila puting beliung melanda, wanita itu dan tiga yang lain terperangkap di lorong di bawah dinding konkrit sebelum ia diangkat oleh seorang lelaki yang tidak dikenali, yang membawa semua orang ke tempat selamat.


Kirks memanggil lelaki yang tidak dikenali itu sebagai "superman".


Jika bukan kerana dia, Kirks, berkata, "Saya rasa saya mungkin masih berada di bawah tembok itu. Saya tidak tahu siapa dia. Kami terselamat kerana dia. " katanya.



Sumber: Wionews

10 views0 comments