• shafika9

Wanita Ini Kesal Beli Rumah Strata Tanpa Ilmu, Kini Perlu Membayar RM 15,000

Kepada sesiapa yang nak beli rumah, perlu tahu terlebih dahulu. Jangan main beli ye

Kredit foto: iProperty


Ramai pada masa kini, ingin membeli rumah untuk dijadikan aset masa hadapan yang lebih terjamin. Akan tetapi, membeli rumah tanpa sebarang pengetahuan membuatkan korang boleh rasa kerugian duit yang terlampau banyak sehingga tak sedar.


Begitulah yang terjadi pada seorang pengguna Twitter @LinKitMy dimana beliau berkongsi penyesalannya kerana membeli rumah tanpa ilmu. Menurutnya, pada mulanya beliau hanya ingat perlu membayar rumah secara bulanan, cukai pintu dan cukai tanah tetapi sebenarnya ia lebih dari apa yang disangkakan.


Menerusi dari perkongsiannya, beliau yang membeli sebuah kondominum terkejut kerana perlu membayar hak milik strata berjumlah sehingga RM 15,000 disebabkan hartanah berstatus strata. Bagi korang yang kurang faham, ‘strata’ ia adalah hak milik berasingan bagi setiap unit atau petak dalam bangunan dua tingkat atau lebih yang dibina atas sebidang tanah yang sama dan perlu berkongsi aset kemudahan bersama.

Tambahnya lagi, jika tidak dibayar status strata ini bermaksud rumah masih lagi menjadi milik hak pemaju walaupun di bank nama anda sendiri. Akan wujud isu apabila pemaju muflis atau korang ingin menjual rumah pada masa akan datang. Bukan setakat itu sahaja, status strata ini tidak dikira sekali dalam pinjaman rumah kerana ia bukanlah seperti bayaran guaman. Liyana mengatakan dia membeli rumah ini ketika sudah siap, hanya tinggal untuk pindah sahaja.

Wanita itu turut menasihatkan kepada sesiapa yang ingin membeli rumah nanti, jangan bayar bulanan dengan menggunakan EPF akaun 2 kerana duit simpanan akan habis buat bayar ‘interest’ bank sahaja. Wanita tersebut dan suami membeli rumah itu pada tahun 2017 untuk anak mereka, kini mereka berasa perit untuk membayar hak status strata. Sememangnya membeli rumah bukanlah perkara mudah, ia adalah satu bebanan selagi belum habis bayar.


Sumber artikel asal dari VOCKET


14 views0 comments