• Syaziyah Md Sharif

Wanita Ini Ditikam 120 Kali Hanya Kerana Tersilap Naik 'Uber'

Pembunuhan kejam itu berlaku di Carolina Selatan, Amerika Syarikat

Kredit foto: Daily Star

Kehidupan seorang gadis muda yang sepatutnya sudah tamat belajar untuk mengejar cita-citanya sebagai pengamal undang-undang berakhir dengan tragedi.


Samantha Josephson maut akibat ditikam lebih 120 kali selepas tersilap menaiki kereta yang disangka kenderaan perkhidmatan Uber, menerusi laporan Daily Star, gadis berusia 21 tahun yang berasal dari New Jersey itu adalah pelajar jurusan Sains Politik di Universiti Carolina Selatan.


Pada kejadian 28 Mac 2019 itu, dia keluar pada waktu malam bersama rakan dan teman lelakinya dan beberapa jam kemudian iaitu pada awal pagi 29 Mac, dia memesan perkhidmatan Uber untuk pulang ke rumahnya, sebelum dirakam menaiki sebuah kenderaan.


Tidak lama kemudian, kenderaan perkhidmatan Uber yang sebenarnya ditempah tiba dan selepas melihat Samantha tiada di situ, pemandu itu membatalkan pesanan.


Selepas beberapa jam dan Samantha masih belum pulang, rakannya membuat laporan kehilangannya dan kurang 24 jam kemudian, gadis itu ditemukan dalam keadaan tragis, kira-kira 104 kilometer dari lokasi terakhir dia dilihat.


Pemeriksaan mendapati dia ditikam lebih 120 kali dan tikaman yang kuat menembusi tengkorak dan otaknya beberapa kali selain cedera di leher dan muka hingga ke kakinya yang menyebabkan dia kehilangan banyak darah.


Hasil siasatan merumuskan Samantha secara tidak sengaja masuk ke dalam kereta pembunuhnya yang itu yang disangkakan perkhidmatan Uber.


Kenderaan sama dilihat di sekitar kawasan itu dan polis mengenal pasti lelaki berkenaan sebagai Nathaniel Rowland.


Pegawai kemudian menjumpai peluntur dan produk pembersih lain di dalam kereta itu serta mendapati terdapat kesan darah di tempat duduk dan but, penggeledahan di rumah suspek menemukan lebih banyak alat pembersih dan pisau dengan darah Samantha.


DNA gadis itu juga ditemukan di bawah kuku jarinya dan siasatan polis mendapati Rowland mempunyai rekod jenayah culik sebelum ini.


Kematian Samantha membawa beberapa perubahan undang-undang di Carolina Selatan apabila semua kenderaan perlu mempunyai tanda nama syarikat.




Sumber: Harian Metro, Daily Star

13 views0 comments