• Syaziyah Md Sharif

Wanita Ini Dinobatkan Sebagai Wanita Terpendek Di Dunia

Dia mempunyai tinggi berukuran 71 sentimeter sahaja!

Kredit Foto: Mirror UK

Seorang warga Amerika telah dinobatkan sebagai wanita terpendek di dunia, dengan ketinggian hanya 2 kaki 4 inci (71 sentimeter).


Wildine Aumoithe, dari Miami, Florida, baru-baru ini diberi gelaran Rekod Dunia Guinness sebagai wanita terpendek di dunia dan gadis berusia 18 tahun itu mempunyai bentuk badan kerdil yang jarang ditemui dikenali sebagai, displasia SADDAN, dan ibu bapanya diberitahu bahawa dia tidak akan bertahan 24 jam selepas dia dilahirkan.


Bagaimanapun, Wildine menentang kemungkinan itu dan menyambut ulang tahunnya yang ke-18 pada awal tahun ini dan baru-baru ini diberi gelaran wanita terpendek di dunia.


"Saya berbesar hati mendapat Rekod Dunia Guinness, saya sangat berbangga dengan gelaran tersebut dan saya juga orang Haiti-Amerika pertama yang memegang rekod wanita terpendek yang menjadikannya lebih bermakna." katanya


Bagaimanapun kini, gadis itu terpaksa menggunakan kerusi roda kerana keadaan kakinya yang bengkok, sekali gus menyebabkannya sukar untuk berjalan.




Sumber: Mirror UK

8 views0 comments