• Jonathan Shiek

Wanita Ini Dakwa Tak Tahu Pelitup Muka Wajib Dipakai

Kejadian yang berlaku di SIngapura apabila wanita berkenaan yang kini tular di laman media sosial akibat tak nak memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam. Beliau turut memberi alasan bahawa di tak tahu bahawa wujud undang-undang yang mewajibkan pelitup muka dipakai ketika berada di kawasan awam.

Wanita berkenaan Phoon Chiu Yoke, berusia 53 tahun difahamkan telah sekali lagi bersikap degil apabila melanggar peraturan ketika berada di mahkamah tanpa memakai pelitup muka. Dia pernah ditegur oleh pengawal keselamatan apabila cuba menanggalkan pelitup muka ketika melihat sekumpulan jurugambar yang bersedia untuk mengambil gambarnya.

Di mahkamah, Phoon menanggalkan pelitup muka di hadapan hakim, A Sangeetha sebelum diarahkan untuk memakai pelitup muka sepanjang proses pengadilan berlangsung. Namun dia menanggalkan pelitup muka sebaik sahaja tamat proses bersama hakim.

Dia memberi alasan bahawa dia baru saja pulang dari percutian selama enam ke tujuh minggu di Scotland dan tak tahu mengenai undang-undang terbabit. Dia mengetahui apabila kejadian yang berlaku di Marina Bay Sands pada 15 Mei lalu yang tular itu.

Pihak hakim memerintahkan agar Phoon direman di Institut Kesihatan Mental selama dua minggu bagi penilaian pakar psikiatri, tetapi dia telah memohon untuk dikecualikan. Phoon akan kembali ke mahkamah pada 8 Jun ini untuk menghadapi tuduhan tak memakai topeng di tempat awam.




Sumber artikel asal dari VOCKET

Sumber video dari The Star

0 views0 comments