• Jonathan Shiek

Wanita ini Bunuh Ibu Mertua Dengan Racun Biawak

Seorang wanita di Desa Lebung Itam, Indonesia yang telah meracuni ibu mertuanya sehingga meninggal dunia. Perkara ini berlaku hanya disebabkan suspek tak tahan dengan ibu mertuanya kerana sering dimarahi.

Wanita ini bertekad untuk meracuni ibu mertuanya dengan bercampur racun biawak ke dalam ikan yang dimasak khas untuk ibu mertuanya yang sudah berusia 61 tahun. Laporan juga menunjukkan bahawa bukan sahaja ibu mertuanya yang meninggal dunia, termasuk tiga ekor kucing yang dimiliki oleh ibu mertuanya turut mati akibat kesan mulut berbuih.

Suspek berkenaan dikatkan tinggal bersama mangsa dan mereka kerang bergaduh dan ketika ditahan oleh pihak polis, dia mengaku melakukan jenayah terbabit. “Setelah ditanya, ternyata pelakunya, Dewi Asmara mengaku atas perbuatannya yang meletakkan sesedu racun biawak ke dalam makanan ibu mertuanya,” kata Ketua Polis Ogan Komering Ilir, AKBP Alamsyah Pelupessy.

Kini suspek bakal menghadapi hukuman penjara 20 tahun atau hukuman mati yang diperuntukkan di dalam artikel KUHP bagi pembunuhan yang dirancang.

Sumber artikel asal dari VOCKET 

0 views0 comments