• shafika9

Wanita Goreng Kuih Tanpa Menggunakan Sudip Masak, Hanya Menggunakan Tangan Saja

Tak panas ke celup tangan dalam minyak panas ?

Kredit foto:Detik Food


Seorang wanita di wilayah Jawa Tengah amat mengagumkan orang ramai dengan kemampuannya hanya mencelup tangan ke dalam kuali berisi minyak panas semasa menggoreng kuih bakwan. Wanita tersebut bernama Sri Rejeki, 55 tahun menjual kuih tradisional Indonesia di Pasar Windusari, Kabupaten Magelang, berkata dia sudah mula melakukan aksi itu sejak 2017 lagi.


Menurut Sri, pada mulanya dia berasa sakit apabila mencelup tangan ke dalam minyak panas ketika menggoreng bakwan, tetapi lama kelamaan rasa itu hilang dengan sendiri apabila kerap dilakukan. Tambah wanita itu lagi, aksinya itu bersahaja menggoreng bakwan menggunakan tangan turut membantu dalam melariskan jualannya hingga mampu menjual sehingga 12 kilogram adunan bakwan sehari.


“Ada pembeli yang sanggup menunggu dan beratur untuk melihat sendiri cara saya membuat bakwan dengan mencelup tangan ke dalam kuali minyak panas,” kata Sri. Aksi ini amat berbahaya, jadi jangan pula korang cuba melakukan di rumah pula. Pastikan guna peralatan memasak yang selamat ya. Kalau korang ingin melihat video, cara Sri memasak dengan menggunakan tangannya, boleh lah lihat dibawah ini.

Sumber artikel asal dari Kosmo!


0 views0 comments