• Jonathan Shiek

Wanita Dibelasah Suami Kerana Minta Bayar Yuran Sekolah Anak

Kerala, India: Seorang wanita dtelah dibelasah suaminya hanya kerana mengingatkan suspek untuk membayar yuran persekolahan anak sulung mereka.

Dalam kejadian di Kudlu, India, mangsa berusia 39 tahun itu dilapor dipukul dengan kerusi dan rak perkakas dapur, lapor Bangalore Mirror.

Lelaki berkenaan yang berang dengan permintaan isterinya terus menyerang wanita itu dan menuduh mangsa punca keluarga mereka dilanda musibah kewangan. Apo!

Anak sulung mereka ketika itu sedang mengikuti kelas dalam talian telah mencuba untuk membantu ibunya, namun ditampar dengan kuat sebanyak tiga kali sebelum dihalau ayahnya.

Mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala dilapor pengsan sebelum dikejarkan ke hospital untuk rawatan.

Kes disiasat atas tuduhan menyerang menggunakan senjata berbahaya, mengancam dan menggugat keamanan, bagaimanapun suspek masih belum ditahan.

Sumber: Astro Awani

0 views0 comments