• Syaziyah Md Sharif

Wanita Berusia 25 Tahun Paling Subur, Waktu Paling Seusai Untuk Berkahwin

Tahap kesuburan akan berkurang jika usia meningkat


Memetik laporan daripada Kosmo!, Pakar Kesuburan dan Sakit Puan Metro IVF, Dr. Pravin Peraba­ berkata, semakin meningkat usia seseorang wanita, semakin kurang tahap kesuburan mereka.


“Menurut kajian, wanita paling subur sekitar usia 25 tahun dan akan mula berkurangan selepas berusia 30 tahun ke atas, apatah lagi sekiranya mereka yang ber­usia 40 tahun ke atas.


“Jika jumlah wanita tidak berkahwin atau berkahwin lambat semakin bertambah, maka ia boleh menjejaskan populasi penduduk negara ini, namun saya percaya jumlah ini hanya melibatkan segolongan kecil,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.


Menurutnya, bagi wanita yang berkahwin lewat dan masih tidak mempunyai zuriat dalam tempoh enam bulan perkahwinan, mereka perlu berjumpa pakar kesihatan untuk melakukan pemeriksaan tahap kesuburan, seterusnya membantu mendapatkan anak.


“Kalau boleh carilah pasangan dan berkahwin pada usia 20-an bagi memastikan kesuburan pasangan tersebut berada di tahap tertinggi,” ujarnya.




Sumber: Kosmo!

9 views0 comments