• shafika9

Wanita Antivaksin Yakin Dengan Badannya Cukup Kuat Untuk Melawan COVID-19

Parson yakin sistem imunisasi badannya mampu melawan COVID-19 tanpa bantuan vaksin

Kredit foto: The Mirror


Seorang pekerja rumah warga orang tua mendakwa dirinya tidak diperlukan sebarang suntikan vaksin COVID-19 kerana antibodi badannya sudah cukup kuat melawan virus tersebut. Wanita yang bernama Rebecca Parsons, 30 tahun berkata, keputusan kerjaan England yang mewajibkan suntikan vaksin ke atas pekerja sektor penjagaan kesihatan seolah-olah mengugut dirinya dalam bentuk emosi.


“Saya diberi dua pilihan oleh kerajaan, sama ada dapatkan vaksin atau kehilangan pekerjaan yang saya sayangi. Mereka memberi tempoh sehingga 16 September ini untuk mendapatkan dos pertama dan melengkapkan pelalian menjelang 11 November,” kata Parsons.


Malah, Parsons merupakan seorang antivaksin, dia tidak bersedia untuk menerima suntikan kerana belum banyak kajian menyeluruh dilakukan terutama melibatkan kesan jangka panjang pengambilannya.


Sumber artikel asal dari Kosmo!

13 views0 comments