• Syaziyah Md Sharif

Wanita Anti-Vaksin Meninggal Kerana COVID-19

Dia juga merupakan seorang 'free thinker' yang membidas pemakain pelitup muka

Kredit Foto: Harian Metro

Seorang wanita yang menolak sekerasnya pemakaian pelitup muka dan penyuntikkan vaksin di California, Amerika Syarikat (AS) telah meninggal dunia akibat Covid-19.


Kristen Lowery, 40, yang merupakan ibu kepada empat anak dari Escalon, California, dalam catatan Facebooknya menyatakan dirinya sebagai "pemikir bebas" yang "anti pelitup muka, tidak divaksinasi, tidak takut".


Pada bulan September, kakaknya menulis bahawa Lowery telah dimasukkan ke hospital kerana positif Covid-19.


"Kristen, berada di hospital memperjuangkan hidupnya melawan Covid dan radang paru-paru," tulisnya. “Dia mempunyai hayat yang panjang. Kami memerlukan anda di sini. Anak-anak anda sangat menyayangi dan merindui anda. Jangan berputus asa. "


Pada 15 September, beberapa orang ahli keluarga mengumumkan bahawa Lowery telah meninggal dunia, dan laman GoFundMe ditubuhkan untuk menampung perbelanjaan pengkebumiannya.


"Anak saudara saya yang cantik telah kalah dalam pertempuran melawan Covid," tulis seorang ibu saudaranya. "Hati saya hancur untuk 4 anaknya ... Begitu banyak orang yang memerlukannya di sini, tetapi Tuhan pasti mempunyai rancangan khas untuknya di syurga."


Tragedi itu merupakan satu daripada contoh kes kematian yang berlaku kerana tindakan segelintir rakyat AS yang menolak vaksin Covid-19.




Sumber: Harian Metro, Independent UK

6 views0 comments