• Syaziyah Md Sharif

Wang 'Percuma' Berterbangan Di Lebuh Raya

Ia terjadi apabila pintu sebuah trak berperisai terbuka di lebuh raya tersebut

Sebuah trak berperisai dikerumuni pemandu lebuh raya di California, Amerika Syarikat (AS) hingga mencetuskan huru-hara selepas sejumlah besar wang tunai jatuh dari kenderaan itu.


Pemandu kenderaan di kawasan terbabit sanggup berhenti dengan harapan dapat mengambil wang berkenaan, namun cubaan itu digagalkan polis yang bertindak tegas menahan dua individu.





"Terdapat banyak bukti video orang mencuri wang tunai dari lebuh raya dan mengambilnya.


"Wang pelbagai denominasi berjumlah ribuan dolar itu adalah milik sebuah bank dan mesti dikembalikan ke balai polis," kata Peronda Lebuhraya California, Curtis Martin dalam satu sidang media.


Insiden di lebuh raya itu selepas pintu kenderaan terbabit terbuka menyebabkan wang berterbangan. Ia berlaku di lebuh raya Interstate-5, berhampiran San Diego.


Video tular di laman sosial menunjukkan orang ramai berlari di lokasi, mengambil wang tunai dan juga melemparkan wang itu ke udara sebagai tanda meraikannya.



Sumber: Republicworld

8 views0 comments