• Jonathan Shiek

Wakil Rakyat Amerika Syarikat Mati Akibat COVID-19

Terbaru ini, anggota Dewan Perwakilan Amerika Syarikat, Ron Wright maut setelah disahkan positif COVID-19 pada bulan lalu. Ini menjadikan beliau sebagai anggota Kongress yang pertama mati akibat dari penyakit tersebut.

Wright yang berusia 67 tahun dari Parti Republik mewakili Texas, dan beliau juga bertarung nyawa akibat penyakit kanser yang dialaminya. Berpuluh-puluh penggubal undang-undang dari Senat AS dan Dewan Perwakilan Dijangkiti Covid-19 sejak tahun lalu. Wright diantaranya ahli Kongres yang tewas terhadap penyakit ini.

“Walaupun beliau menderita dari penyakit tersebut, beliau sentiasa bersemangat ke tempat kerja, memberikan motivasi kepada orang sekeliling dan menawarkan nasihat sebagai seorang ayah” kata salah seorang di tempat kerja beliau, laporan Reuters

Sumber artikel asal dari Utusan Malaysia

1 view0 comments