• Syaziyah Md Sharif

Wak Doyok Buka Restoran Sushi, Siap Ada Sushi Tempe!

Harga pun bermula daripada RM1, murah betul!

Ikon fesyen dan selebriti Malaysia, Wak Doyok kini mengembangkan lagi perniagaannya dalam industri makanan dan restoran, baru-baru ini Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Haji Mohd Nor mengumumkan pembukaan restoran bertema Jepun dengan nama Sushiwak.


Sushiwak secara rasminya dibuka pada 26 Disember lepas dan ia terletak di Melawati Mall, Kuala Lumpur.


Menerusi laman Instagramnya dia berkata, "Alhamdullilah. Hari ni 26hb dah start operasi sepenuh nya @/sushiwakmalaysia di Malawati Mall level 3. Jemput lah datang beramai-ramai disini ya. wak ada sini kalau nak jumpa."


Paling menarik, menu yang disajikan di restoran Sushiwak ini mempunyai harga serendah RM1 dan menu istimewa yang menarik perhatian adalah sushi tempe! Istimewa betul!


Semoga perniagaan ini sukses!




Sumber: Instagram




10 views0 comments