• shafika9

Wajah Penyanyi Bagi ‘Squid Game’ Mirip Patung Gergasi

Agak sama juga paras rupa mereka

Kredit foto: Kosmo!


Pada korang yang sudah menonton drama popular ‘Squid Game’ mesti ada yang mula tertanya-tanya, siapakah suara patung besar di sebalik bagi ‘Lampu Merah, Lampu Hijau’ bukan?. Bagi pemilik suara tersebut akhirnya telah didedahkan dan ternyata, wajahnya dikatakan seiras dengan patung kanak-kanak gergasi tersebut.


Lagu popular itu, dinyanyikan oleh patung kanak-kanak gergasi itu adalah nyanyian Gigi Yim Ming Hay, merupakan seorang penyanyi remaja berusia 16 tahun yang memenangi pertandingan Stars Academy di Hong Kong. Lebih menariknya, gaya rambut si gadis tersebut hampir sama dengan patung kanak-kanak dalam siri ‘Squid Game’ itu.


Malah, dalam satu temu bual , gadis itu berkata, dia tidak keberatan untuk memainkan watak patung kanak-kanak itu sekiranya ia memerlukan watak manusia sebenar. “Sekiranya saya diberi peranan sebagai watak patung tersebut, saya perlu mempelajari cara memusingkan kepala saya sebanyak 360 darjah,” katanya dalam nada bergurau.


Sumber artikel asal dari Kosmo!


10 views0 comments