• Syaziyah Md Sharif

Wajah Mirip Cristiano Ronaldo, Jejaka Penjaga Masjid Ini Tarik Perhatian Netizen

Wah, ada iras-iras lah!


Kredit foto: Wolipop

Penjaga masjid dan bilal ini tiba-tiba menjadi perhatian netizen kerana wajahnya yang sangat mirip dengan pemain bola sepak Cristiano Ronaldo.


Agus Habibi Dalimunthe, 22, mula mendapat perhatian netizen selepas satu klip video memaparkan dirinya sedang tersenyum dimuat naik oleh rakannya di laman TikTok.




Netizen yang menonton video tersebut berkata, wajah Agus Habibi mirip pemain kelab Manchester United itu dan setakat ini, video tersebut telah mencapai lebih 12 juta tontonan serta lebih 24K komen.


Menerusi portal Wolipop, individu yang merakam video dirinya merupakan rakannya, selain turut mengaku bahawa dia sering dikaitkan dengan wajah pemain sensasi tersebut.


“Ramai kenalan memberitahu perkara sama kepada saya (wajah mirip Ronaldo) sejak di bangku sekolah menengah lagi. Mereka berpendapat bahawa senyuman saya kelihatan sama dengan Ronaldo,” katanya yang turut mengagumi pemain bola sepak tersebut.


Agus Habibi merupakan seorang pelajar institusi pengajian tinggi di Jambi dan menetap di masjid dengan menjadi penjaga masjid.



Sumber: Wolipop

10 views0 comments