• shafika9

Virus COVID-19 Dikesan Pada Bungkusan Durian

Updated: Sep 15, 2021

Terdapat sebuah pasar raya di Ganzhou, China mendapati jangkitan COVID-19 pada permukaan bungkusan durian yang diimport dari Thailand. Perkara tersebut disahkan oleh Pejabat Hal Ehwal Pertanian di bawah Kedutaan Thailand di Beijing (OAA). 


Menurut OAA, pihaknya menemukan virus tersebut di Pasar Haundongcheng minggu lalu selepas individu yang menguruskan bungkusan durian itu disahkan negatif COVID-19 dan masih berada dalam kuarantin. 


Pihak OAA sudah mengadakan perbincangan dengan Jabatan Kastam China dan menjelaskan pihaknya tidak akan memberhentikan import produk daripada pembekal Thailand kerana kes itu mula dikesan di kawasan tempatan dan bukannya di tempat pemeriksaan.


Sumber artikel asal dari Utusan Malaysia

4 views0 comments