• Jonathan Shiek

‘Vibe’ Era ‘70-an Menjadi Pilihan TokTi Untuk Video Muzik Terbaru

Sebagai pembuka tahun baharu, Siti Nurhaliza mengambil peluang untuk melancarkan sebuah lagi video muzik untuk lagu “Takhta Dunia” ciptaan komposer terkenal Indonesia, Ryan Kyoto yang juga merupakan antara lagunya dalam album ManifestaSITI2020.

Siti mendapatkan khidmat kreatif pengarah Azhar dari Rasa Film untuk mengarahkan video muzik tersebut.

Lagi best, Siti juga mempersembahkan ‘vibe’ era 70-an di sebuah stesen kereta api yang dinamakan Lipis Sentral untuk video muzik kali ini.

Ini merupakan permintaan Siti Nurhaliza sendiri untuk memberi kelainan kepada penonton yang menonton video muziknya.

Penggambaran video muzik “Takhta Dunia” merupakan antara kerja terakhir sebelum berehat untuk memberi fokus kepada kandungannya yang kini masuk bulan kelima.

Video muzik rasmi “Takhta Dunia” mula ditayangkan di saluran YouTube Siti Nurhaliza pada 8 Januari lepas.

Sumber: Astro AWANI

#sitinurhaliza

0 views0 comments