• Jonathan Shiek

Vaksin Tak Bermakna COVID-19 Terus Hilang

Pegawai kanan di Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memberi amaran penularan Covid-19 akan terus berlaku meskipun vaksin telah dikeluarkan secara besar-besaran sudah diadakan di kebanyakan negara, lapor agensi berita Xinhua.

Kata Pengarah Eksekutif Program Kecemasan Kesihatan WHO Dr Michael Ryan, “semua pihak tak boleh beranggapan bahawa penyebaran virus sudah berjaya ditangani”.

Beliau juga menegaskan bahawa pada masa akan datang, vaksin tersebut tak akan mampu untuk menghentikan penularan dan kita akan melihat penularan wabak ini akan terus berlaku. Ryan berkata, semua negara harus menyedari virus tersebut tak dapat dilenyapkan pada tahun ini.

Tambahnya lagi, “sepanjang sejarah manusia, kita hanya mampu menghapuskan satu saja penyakit iaitu cacar dan bagi penyakit Covid-19 masih diperingkat untuk dikawal lagi”.

Sumber artikel asal dari MyMetro

#covid19

1 view0 comments