• Syaziyah Md Sharif

Vaksin Ni Tuhan Ke? - Suhaimi Saad

Ia berikutan SOP kerajaan terbaru dimana mereka yang lengkap divaksin sahaja boleh memasuki premis beli-belah dan masjid



Suhaimi Saad merupakan penyanyi yang sebelum ini menganggotai kumpulan nasyid In Team, sebelum ini dia pernah mencetuskan kontroversi kerana pendirian anti vaksin dan pernah membuang ubat hospital.


Terbaru, menerusi satu perkongsian di Instagram, Suhaimi mempersoalkan adakah vaksin ini Tuhan sehinggakan untuk masuk ke masjid memerlukan dua dos vaksin.


Kenyataan itu mengundang perbualan hangat di kalangan pengguna media sosial dan masing-masing mempunyai pendapat yang berbeza.


“Vaksin ni Tuhan ke apa? Nampak macam lebih besar pulak dari MyKad dan syahadah. Nak masuk masjid, haji umrah, mall, kedai makan, semua nak kena dua dos dulu,” katanya.


Dalam pada itu, Suhaimi turut bertanyakan prosedur operasi standard (SOP) milik siapa dan turut disertakan dengan hashtag “dajjal”.


Apa pendapat korang pula?


2 views0 comments